Monday, April 5, 2010

Minyak Selusuh/ Air Selusuh


Air Selusuh/ Minyak Selusuh

RM45.00 Semanjung
RM49.00 Sabah/Sarawak/Singapore

Air selusuh digunakan sebagai SUATU IKHTIAR yang berpandukan Al-Quran dan Hadis. Dari segi hukum Islam, air selusuh adalah HARUS. Asalkan tidak bercanggah dgn Islam iaitu bacaan yang mengandungi jampi yang karut.Di dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan : " Kami turunkan sebahagian ayat-ayat Al-Quran adalah untuk digunakan sebagai penawar dan pembawa rahmat kepada orang2 yang beriman."Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menganggap selusuh mempunyai kuasa untuk mempermudah bersalin. Ingatlah bahawa ia hanyalah ikhtiar yang diharapkan dapat membantu proses kelahiran yang lancar dan selamat.Antara bahan yang boleh digunakan sebagai selusuh ialah air masak, minyak kelapa muda, minyak zaitun, minyak masak, kurma atau kismis.Anda dan suami digalakkan memperbanyakkan membaca doa Nabi Yunus dan doa ketika mengandung serta doa agar dijauhi gangguan syaitan.Minyak selusuh adalah sejenis produk yang diperbuat dari minyak. Jika sebelum penemuan teknologi terkini, minyak masak biasa digunakan untuk membuat minyak selusuh. Tetapi kebanyakan pengguna agak sukar untuk meminum minyak masak yang dijadikan selusuh.Kini dengan gabungan teknologi terkini, pihak kami menggabungkan kehebatan Minyak Kelapa Dara melalui proses sejuk yang langsung tidak menggunakan sebarang haba digabungkan dengan kemahiran seorang bidan pakar bersalin lalu menghasilkan Minyak Selusuh yang sangat berkesan untuk membantu memudahkan proses bersalin.

Dihasilkan dari 100% Minyak Kelapa Dara Organik Suhu Tekanan Rendah Warisan Ilmu Perbidanan Melayu Islam Sejak Turun-Temurun Dibacakan doa-doa khusus untuk memudahkan proses bersalin oleh Pakar Bidan Bersalin Gabungan Ilmu Perbidanan Tradisional dan Teknologi Moden Pertama Seumpamanya di Malaysia KELEBIHAN MINYAK SELUSUH BIDAN KAMPUNG Warisan Ilmu Perbidanan Melayu Islam sejak turun temurun yang sangat sukar ditemui pada hari ini. Kini telah berjaya digabungkan dengan teknologi terkini. Dihasilkan oleh seorang Bidan Pakar Bersalin yang terkenal. Berpengalaman puluhan tahun membantu proses kelahiran bayi dalam 1001 macam situasi.

Diperbuat daripada minyak kelapa dara asli gred tinggi yang melalui proses pengeluaran yang ketat. Penggunaan minyak sebagai bahan membolehkan bayi bergerak lancar didalam rahim. Ia akan membantu ketika proses kelahiran. Memberikan sumber permakanan yang baik kepada ibu dan bayi dalam kandungan kerana kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam minyak kelapa dara. KAEDAH PEMBUATANKaedah pembuatan teliti dengan jaminan kualiti kekal pada tahap terbaik. Di proses pada suhu rendah dan tanpa penapis. Melalui satu ritual yang berdisiplin, dibacakan ke dalam minyak ini pelbagai doa khusus untuk memudahkan proses bersalin oleh seorang bidan pakar bersalin. Kaedah pembuatan minyak selusuh dan air selusuh adalah berbeza. Melalui testimoni yang telah dibuat, minyak selusuh jauh lebih berkesan berbanding air selusuh.InsyaAllah dengan izin Allah!

Testimoni Minyak Selusuh TERBUKTI BERKESAN MELALUI PELBAGAI TESTIMONI

TESTIMONI 1"
Pengalaman melahirkan anak pertama telah menjadi pengalaman menakutkan. Pada awalnya, doktor memaklumkan proses kelahiran secara normal, tetapi dengan saiz bayi yang besar dan akibat pendarahan yang teruk menyebabkan doktor terpaksa melakukan pembedahan. Saya menjadi fobia dan takut untuk mengandung lagi. Tetapi ALhamdulillah, apabila mengandung anak yang kedua saya telah di perkenalkan dengan produk ini. Pada mulanya saya tidak begitu yakin, tetapi selepas menggunakan Minyak Selusuh Bidan Kampung proses kelahiran amat berbeza. Selepas tanda-tanda awal akan bersalin, saya mengalami tempoh sakit yang singkat. Saya berjaya melahirkan bayi yang kedua dengan mudah. Saya tidak risau lagi untuk melalui proses bersalin seterusnya. Kini, saya telah mempunyai 4 orang anak”. Rohana Sharifudin - Klang, Selangor
TESTIMONI 2"

Saya dan suami sangat takut apabila mengenang pengalaman melahirkan anak ke-1 dan ke-2. Saya akan mengalami sakit selepas pecah ketuban lebih 10 jam sehingga saya kehabisan tenaga untuk meneran ketika bayi hendak keluar. Sepanjang masa itu, suami saya terpaksa duduk disebelah bagi membantu memberikan sokongan, namun kesakitan benar-benar tidak tergambar. Suami saya telah diperkenalkan dengan produk ini dan mencadangkan agar saya mencubanya untuk kelahiran anak kami yang ke-3. ALhamdulillah, berkat keberkesanan produk Minyak Selusuh Bidan Kampung, suami tidak perlu lagi duduk disebelah. Selepas saya mengadu sakit, suami terus membawa saya ke hospital dan kemudian dia keluar ke tandas sebentar. Apabila dia masuk semula, dia terkejut kerana anak kami yang ke-3 telah selamat dilahirkan. Syukur kepada ALlah dan terima kasih kepada pembuat produk ini. Saya pasti akan menggunakannya lagi.” Zakiah Hanum Mustafa - Pantai Remis, Perak

TESTIMONI 3

"Suami saya selalu outstation menjalankan tugasnya. Dia sering sangat risau apabila tarikh bersalin akan hampir. Saya juga takut dan risau kerana tiada siapa selain nurse yang ada di sebelah. Sudah 2 kali saya melahirkan anak ketika suami saya berada diluar kawasan. Pada kelahiran yang ke-3 saya sekali lagi menjangkakan situasi yang sama dan saya menghadapi kesukaran dan kesakitan berseorangan berjam-jam. Beberapa bulan sebelum saya bersalin, saya dipertemukan dengan produk Minyak Selusuh Bidan Kampung ini. Saya terus mencubanya dan menunggu dengan penuh debar. Pada hari bersalin saya menghubungi suami dan saudara terdekat memberitahu yang saya akan bersalin. Memang suami saya sedang bertugas di luar kawasan pada ketika itu. Jadi saudara terdekat saya datang untuk menghantar ke hospital. Jarak antara rumah dan hospital bersalin kira-kira 30 minit berkereta. Sedang suami saya melalui telefon memberi kata-kata perangsang, saya terasa seperti sudah terlalu hendak sangat bersalin. Sebaik sahaja sampai ke hospital saudara saya dengan bantuan nurse bergegas menolak saya terus ke dalam wad. Di dalam wad, saya berbaring diatas katil tempat bersalin. Selang beberapa minit sahaja saya sudah terdengar suara tangisan baby yang menandakan saya sudah selamat bersalin. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya tidak perlu lagi menderita berjam-jam menahan sakit. Terima kasih kepada pengeluar produk ini".Rapidah Osman - Putrajaya, Wilayah Persekutuan

TESTIMONI 4"

Kali pertama saya diperkenalkan dengan produk ini, saya seperti kurang yakin kerana saya sudah biasa minum air selusuh yang diberikan oleh emak setiap kali hendak bersalin. Saya tak rasa apa-apa perbezaan. Lagi pun, saya berfikir mana ada orang minum minyak. Namun rakan saya memberitahu rasa minyak nyer tidak seperti minyak makan dan tidak salah untuk mencuba. Dengan rasa berat saya mencuba. Kebetulan ketika itu kandungan saya sudah masuk bulan ke sembilan. Orang kata "menunggu hari" sahaja. Pada kebiasaannya, bersalin adalah masa yang paling saya takut dan tak suka kerana kesakitan yang lama. Pernah saya rasa seperti hendak mati ketika melahirkan anak yang ke dua. Pada hari dimana saya rasa mula sakit sikit-sikit, tanda hendak bersalin. Saya memberitahu suami saya dan suami saya start kereta untuk memanaskan enjin dan sejukkan aircond. Sedang saya pun bersiap2 menyusun barang keperluan untuk ke hospital, saya merasa tekanan yang betul2 kuat menandakan saya akan meneran pada bila-bila masa. Saya menjerit kepada suami saya memberitahu yang saya sudah hendak bersalin. Suami saya kata Ehh.. cepatnya dan dia bergegas membawa saya kedalam kereta dan terus memecut ke hospital bersalin berhampiran. Dengan keadaan tertahan-tahan, saya memberitahu suami saya yang saya sudah hendak push baby. Suami saya kata tahan sikit, sekejap lagi nak sampai. Saya kata dah tak boleh tahan dan saya terus push...... Bayi ke tiga saya lahir di kereta dalam perjalanan ke hospital.. Terima kasih produk Minyak Selusuh Bidan Kampung ini. Sangat Berbeza!Roslinda Abu Kassim - Jempol, Negeri Sembilan

TESTIMONI 5"
Saya selalu berdoa agar dimudahkan bersalin kerana saya hendak ramai anak. Seramai mungkin sebab Nabi suka umatnya ramai. Saya diperkenalkan dengan Minyak Selusuh ini dan kesannya sangat menakjubkan. Memang produk ini sangat berkualiti dan berkesan. Saya memberitahu suami saya minta beli stok beberapa botol takut produk ni berhenti pengeluarannya. Namun Alhamdulillah, saya diberitahu produk ini akan dipertingkatkan kualiti pembungkusan dan persembahannya, sesuai dengan keadaan semasa. Tetapi saya berharap produk ini tidak akan menurun kualiti dan keberkesanannya walaupun sudah menggunakan pelbagai teknologi moden. Saya pasti akan terus mendapatkan produk ini bila diperlukan. Saya juga menyeru kepada semua ibu-ibu Melayu Islam yang akan bersalin, dapatkanlah produk ini dan jangan was-was untuk menggunakannya. Terima kasih kepada produk ini. Moga pembuatnya juga akan mendapat pahala".Rozainah Abdul Shukor - Bayan Lepas, Pulau Pinang